Tuesday, February 19, 2008

Apa itu SPAM?

What is SPAM? Apa itu SPAM?

“SPAM” mail is the practice of sending massive amounts of E-mail promotions or advertisements (and scams) to people that have not asked for it. Many times, SPAM E-mail lists are created by “harvesting” E-mail addresses from discussion boards and groups, chat rooms, IRC, and web pages. …

Jadi SPAM ni adalah satu aktiviti 'salah laku' dalam dunia internet. Kebanyakkan dari pengguna internet tidak menyedari bahawa mereka 'telah melakukan SPAM'. Dan sebahagiannya pula tidak menyedari bahawa diri mereka telah terkena SPAM. SPAM bukanlah Virus.

Sebahagian mereka yang melakukan SPAM tidak bermaksud untuk menganggu dan menyusahkan pihak lain. Mereka benar-benar ikhlas ingin menyampaikan sesuatu maklumat yang pada pandangan mereka penting untuk disampaikan. Dan cara termudah dan termurah adalah melalui email. Maka tanpa berfikir panjang, mereka mula menghantar maklumat tersebut ke email-email yang sebahagian besarnya tidak dikenali. Dan inilah yang dinamakan SPAM. Semua email tersebut diperolehi dari internet.

Anda pernah melakukan perkara seperti di atas? Anda juga telah bersalah kerana melakukan SPAM. Tidak dinafikan niat anda baik. Contohnya, anda mendapat berita seorang artis telah meninggal dunia. Dan anda ingin sampaikan berita tersebut kepada saya. Lalu anda pun menghantar email memaklumkan berita tersebut ke email saya. Saya tidak mengenali anda dan anda juga tidak mengenali saya. Anda mendapat email saya melalui blog saya ini.

Dan mungkin itulah kali pertama dan kali terakhir anda menghantar email kepada saya. Tetapi cuba anda bayangkan, berapa ramai pelayar internet yang menjumpai blog saya ini. Dan jika 500 orang dari mereka juga menghantar email yang sama kepada saya memaklumkan kematian artis tersebut. Tidakkah peti email saya akan dipenuhi oleh 500 email yang menceritakan cerita yang sama. Dan kebanyakkan dari kita hanya tahu 'FORWARD' sahaja. Jadi saya telah menerima 500 email 'forward' yang sama untuk 1 hari.

Jika ia berlaku untuk 7 hari? Jika bukan hanya 500 yang 'rajin' forward tetapi 700 orang? Jika dalam sehari ada 5 tajuk yang ingin diforwardkan?

700 X 5 = 3500 email 'sampah' setiap hari
3500 X 7 =24,500 email 'sampah' seminggu

Inilah yang dinamakan SPAM. Iaitu email sampah yang menyusahkan anda kerana anda terpaksa delete setiap hari. Jika email anda juga dipenuhi oleh bermacam-macam email, itu tandanya email anda telah terkena SPAM.

Jadi kepada anda semua, hentikanlah 'sikap baik' anda untuk menforward apa sahaja email yang anda terima. Sebabnya telah saya terangkan tadi.. Forward...lah kepada rakan anda yang anda kenali sahaja.. Okey..

Jika rumah anda di sekitar Kuala Lumpur, anda pastinya biasa menerima pelbagai jenis iklan yang dimasukkan ke dalam peti surat anda. Anda tidak pernah melanggan iklan promosi tersebut dan anda sebenarnya tidak mahu sama sekali iklan tersebut. Itu adalah salah satu contoh SPAM di dunia nyata....